+607-5534043 / 34046 / 33542

For the first time, the Faculty of Science, UTM is organizing a sharing programme in the form of a structured symposium to cultivate excellence in Faculty’s learning and teaching (L&T).

This programme is also held to strengthen the agenda of Future Ready Educators (FREE) and New Academia Learning Innovation (NALI) as the aspirations of the University.

Through this programme, lecturers from the expert fields of Bioscience, Physics, Chemistry and Mathematical Science will share best practices based on their knowledge and experience in science and mathematics L&T for higher education.

Three UTM L&T expert lecturers, including from the Office of the Deputy Vice-Chancellor (Academic and Internationalization) and the School of Graduate Studies, will also be involved as guest speakers.

In addition, this programme is expected to help prepare Faculty lecturers in providing quality student-centered L&T activities in the coming semester.

For further details ➡️ https://science.utm.my/freeweek20/

——————————

Buat pertama kalinya, Fakulti Sains UTM akan menganjurkan program sesi perkongsian berbentuk simposium berstruktur bagi membudayakan kecemerlangan pembelajaran dan pengajaran PdP Fakulti.

Program ini juga diadakan bertujuan memperkasakan agenda Future Ready Educator (FREE) dan New Academia Learning Innovation (NALI) sebagaimana aspirasi Universiti.

Melalui program ini, pensyarah daripada bidang kepakaran biosains, fizik, kimia dan matematik akan berkongsi praktis terbaik berdasarkan pengetahuan dan pengalaman mereka dalam PdP sains dan matematik untuk peringkat pendidikan tinggi.

Tiga pensyarah pakar PdP UTM termasuk daripada Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dan Sekolah Pengajian Siswazah turut terlibat sebagai pembentang jemputan.

Selain itu, program ini diharapkan dapat membantu persediaan pensyarah Fakulti bagi menyediakan PdP yang berkualiti dengan berpusatkan pelajar pada semester akan datang.