+607-5534043 / 34046 / 33542
Tahniah kepada staf dan pelajar Fakulti Sains yang menerima Anugerah Gemilang Mahasiswa (GEMA) 2020 yang telah diadakan pada 18 Mac 2021 yang lalu.
Dr. Norahim bin Ibrahim (Jabatan Biosains) berjaya mendapat Tempat Pertama Anugerah Pembangunan Pelajar Kolej Kediaman, sebagai Pengetua Kolej Tun Hussein Onn. Manakala Dr. Muhammad Aizi bin Mat Salim (Pusat Laser) berjaya meraih Anugerah Khas Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), sebagai Felo Kolej Rahman Putra. Pelajar kami, Fong Li Yee (3 SSCA) mendapat Anugerah Khas Pelajar Paling Aktif di dalam pertandingan tersebut.
Anugerah ini adalah satu platform bagi mengiktiraf semua program dan aktiviti berimpak yang telah dianjurkan oleh Persatuan/Kelab/JKM/ Badan Beruniform/Mahasiswa sepanjang sesi 2019/2020 (1 September 2019 hingga 17 Oktober 2020).
Semoga kejayaan ini akan mendorong pelajar dan staf untuk terus memberikan perkhidmatan yang bermutu tinggi, seterusnya dapat menyumbang bakti kepada Fakulti dan Universiti.