+607-5534043 / 34046 / 33542
Tahniah kepada saudari Rahizah Abd Rahman (Penolong Pegawai Sains, Fakulti Sains, UTM) atas pencapaian memperolehi Pingat Emas dalam Kejohanan Tinju Piala Malaysia 2021.
UTM berbangga apabila buat pertama kali dalam sejarah UTM telah berjaya menghantar 2 staff UTM untuk menyertai kejohanan Tinju di Kejohanan Terbuka Malaysia di dataran grik bermula 6 Disember sehingga 12 disember 2021. 2 peninju UTM berjaya mendapatkan slot untuk wakil peninju negeri JOHOR. Kedua-dua staf tersebut telah menjalani Latihan insentif hampir selama 3 bulan di bawah bimbingan Jurulatih Pembangunan Tinju Johor iaitu Coach Azmi dan sokongan Pengarah UTM Sports Excellence iaitu Tn Hj Armadi Ahmad.
Peninju dari UTM tersebut ialah saudara Muhamad Amirul Hanif B Md Tahir yang merupakan staf UTM SPORTS EXCELLENCE dan saudari Rahizah Bt Abdul Rahiman yang merupakan staf Fakulti Sains UTM.