+607-5534043 / 34046 / 33542
Pada Isnin 12 Ogos lepas telah berlangsung satu mesyuarat untuk membincangkan potensi kerjasama bagi teknologi Molluscure yang diketuai oleh Ts. ChM. Dr. Faizuan Abdullah. Mesyuarat tersebut telah diadakan bersama pihak EHH Food Industry Sdn. Bhd. dan Kenso Corporation (M) Sdn. Bhd.
Perbincangan kerjasama ini berkisar tentang perancangan untuk produk hiliran dari kerang yang dirawat dengan teknologi Molluscure untuk pasaran antarabangsa. Teknologi Molluscure merupakan salah satu projek penyelidikan Fakulti Sains yang telah memberikan banyak manfaat kepada komuniti nelayan negeri Johor.
Semoga teknologi ini terus memberikan manfaat besar kepada komuniti yang memerlukan, dan memberikan impak kepada ekonomi masyarakat dan negara kita.
Semoga berjaya Dr. Faizuan dan pasukan penyelidiknya!