
๐๐๐ฌ๐ข ๐๐ข๐๐๐ญ ๐๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐๐๐๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ง๐๐๐ก๐๐ซ๐ข ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ฆ๐ ๐
๐๐ค๐ฎ๐ฅ๐ญ๐ข ๐๐๐ข๐ง๐ฌ
Pada 15 April 2025, Fakulti Sains telah mengadakan sesi libat urus bersama Jabatan Bendahari UTM di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan C17. Sesi ini bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan di antara fakulti dan Jabatan Bendahari sambil membincangkan pelbagai isu-isu penting, termasuk aspek kelestarian kewangan. Perbincangan ini dijalankan dalam suasana kolaboratif, dengan matlamat menyokong pembangunan akademik serta operasi fakulti secara mampan.
Fakulti Sains mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian staf-staf Jabatan Bendahari meluangkan masa untuk program ini.