

πππ«π’π¦π π€ππ¬π’π‘ ππ§. ππ‘π¦ππ π
πππ‘π₯π’ ππ²ππ πππ¬π¬ππ§!
Fakulti Sains merakamkan penghargaan kepada En. Ahmad Fadhli Syed Hassan, penulis buku “Ahmad Perang: Meluru Laju di Rel Waktu” atas pemberian dua naskhah buku kepada Fakulti.
Buku ini ialah sebuah biografi bergambar yang mengisahkan perjalanan hidup Allahyarham Tan Sri Datoβ Ahmad bin Perang, juga dikenali sebagai Tok Mat Perang. Beliau merupakan tokoh penting dalam sejarah pentadbiran Malaysia, khususnya dalam sektor pengangkutan kereta api.
Dilahirkan di Johor Bahru, Tok Mat Perang mencipta sejarah apabila dilantik sebagai Pengurus Besar Keretapi Tanah Melayu (KTM) pada tahun 1961, menjadikannya rakyat tempatan pertama yang memegang jawatan tersebut selepas kemerdekaan negara. Sebelum itu, jawatan tersebut hanya dipegang oleh pegawai-pegawai asing. Pelantikan beliau mencerminkan usaha kerajaan Persekutuan ketika itu untuk memberikan kepercayaan kepada anak tempatan dalam menerajui institusi penting negara.
Buku ini bukan sekadar merakamkan pencapaian beliau dalam KTM, tetapi juga menelusuri sumbangan besar beliau dalam Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor (PTNJ) atau Johor Civil Service (J.C.S.). Melalui naratif yang disertai dengan gambar-gambar menarik, pembaca dapat menghayati kisah hidup seorang tokoh pentadbir yang banyak berjasa kepada kerajaan Johor serta kerajaan Persekutuan.
Diterbitkan oleh UTM Press, buku ini ditulis oleh En. Ahmad Fadhli, bersama Prof. Dato’ Dr. Kassim Thukiman, dan Prof. Madya Dr. Siti Rahmah Awang. Ia sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat yang ingin mengenali lebih dekat tokoh-tokoh penting dalam sejarah pentadbiran negara.
Untuk maklumat lanjut atau pembelian, sila ke laman rasmi UTMPRESS: https://penerbit.utm.my/…/ahmad-perang-meluru-laju-di…/