+607-5534043 / 34046 / 33542
Fakulti Sains UTM mula memanfaatkan kembali peluang untuk melaksanakan aktiviti jangkauan sains untuk masyarakat dan pelajar secara bersemuka, berikutan negara telah memasuki fasa endemik.
Melalui Akademi Sains Malaysia sebagai hos aktiviti, pensyarah Fakulti iaitu Dr. Nor Ain Husein, Dr. Izyan Hazwani Hashim dan Dr. Mohammad Izzat Emir Zulkifly telah bersama-sama menyumbang dalam menjayakan Karnival Sains MOSTI pada hari Sabtu (14/5/2022), bertempat di Kota Tinggi, Johor.
Tahniah, kami ucapkan!
Tentunya pelbagai aktiviti jangkauan sains Fakulti yang akan dilaksanakan lagi sepanjang tahun ini. Nantikan maklumat lanjut daripada kami.