Satu majlis penyerahan nota serah tugas Dekan telah diadakan sempena pelantikan Dekan baharu Fakulti yang berkuatkuasa pada 1 September 2023.
Pihak pengurusan dan seluruh keluarga Fakulti Sains merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada PROF. ChM. DR. ZAITON ABDUL MAJID atas segala jasa dan bakti sepanjang berkhidmat sebagai Dekan Fakulti.
Semoga segala sumbangan sepanjang tempoh pelantikan dan kepimpinan sebagai Dekan diberikan ganjaran sebaiknya, serta dikurniakan kesihatan dan kemudahan untuk terus berbakti.
Pihak pengurusan dan seluruh keluarga Fakulti Sains juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada PROF. MADYA DR. SHAFINAZ BINTI SHAHIR atas pelantikan sebagai Dekan Fakulti Sains yang baharu.
Semoga dengan pelantikan ini dapat meneruskan kesinambungan sumbangan yang cemerlang dalam merealisasikan visi dan misi Fakulti, demi kemajuan Fakulti dan Universiti; menginovasi penyelesaian kerana Tuhan untuk manusia.