­
Majlis Santapan Petang KYMM SPB RPA | Faculty of Science, Universiti Teknologi Malaysia
+607-5534043 / 34046 / 33542
 

Seluruh warga Universiti Teknologi Malaysia merafak sembah serta menjunjung kasih atas keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah ke Majlis Santapan Petang Bersama Pelajar Universiti Teknologi Malaysia, hari ini.
Dihadiri sekitar 500 pelajar, pelajar yang hadir bukan sahaja menikmati pelbagai juadah, namun juga disajikan dengan persembahan istimewa dari Yayasan Warisan Johor.
KDYMM SPB Tuanku Canselor turut berkenan untuk 6 pelajar bersantap bersama Baginda di meja utama. Antaranya adalah Muhammad Hazim bin Azatul Amery, Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga, A’faf A’Qilah binti Ismail, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Azeera Asyikin binti Nahar Efairuz, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Lee Woon Chong (Alex), Fakulti Pengurusan, Hollis Bunyeh Anak Francis, Fakulti Sains dan Anushri A/P Batumanathan, Fakulti Kejuruteraan Awam.
Majlis yang berlangsung dengan penuh mesra dan suasana harmoni ini menyerlahkan kasih sayang serta keprihatinan Baginda terhadap kesejahteraan para pelajar.
Ianya akan menjadi momen indah buat pelajar UTM. Menjunjung Kasih Tuanku Canselor.