PEMAKLUMAN PERMOHONAN KELUAR PEJABAT KEPADA STAF KUMPULAN PENGURUSAN PROFESIONAL & PELAKSANAAN (PPP) FAKULTI SAINS
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera
YBrs. Prof./Prof.Madya/Dr./Saudara,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bagi tahun 2023, permohonan keluar pejabat kepada staf PPP Fakulti Sains adalah secara MANUAL SAHAJA iaitu dengan menggunakan Borang Permohonan Cuti Gantian/Keluar Pejabat. Borang ini boleh dicapai di pautan berikut : https://science.utm.my/resources/
Sukacita diingatkan juga kepada semua mengenai beberapa perkara:
1. Tempoh maksimum yang dibenarkan hendaklah tidak melebihi 4 jam sehari atau separuh daripada waktu bekerja sehari (tidak termasuk waktu rehat), mana yang lebih rendah.
2. Waktu keluar pejabat ini akan diTOLAK dari jumlah kerja lebih masa atau cuti gantian yang disahkan oleh penyelia. Sekiranya staf tiada kerja lebih masa, Penyelia boleh meluluskan permohonan staf dan penyelia perlu memastikan staf melaksanakan tugas lebih masa bagi menggantikan tempoh meninggalkan pejabat tersebut.
3. “Time slip” atau sebarang dokumen daripada pegawai perubatan atau doktor hanya boleh digunakan seandainya pegawai mendapatkan rawatan bagi diri sendiri sahaja. Bagi urusan membawa ahli keluarga mendapatkan rawatan, tempoh kerja lebih masa akan ditolak berdasarkan tempoh meninggalkan pejabat tertakluk tidak melebihi 4 jam yang diperuntukkan.
Bersama-sama ini dilampirkan Pekeliling Pentadbiran UTM Bil. 16 Tahun 2011 dan SOP Kebenaran untuk Meninggalkan Pejabat untuk rujukan dan panduan semua.
Perhatian dan kerjasama YBrs. Prof./Prof.Madya/Dr./Saudara berhubung perkara di atas amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.