+607-5534043 / 34046 / 33542
Dr. Mohd Farizal Ahmad Kamaroddin, pensyarah kanan di Fakulti Sains UTM, yang juga merupakan Pengetua Kolej Tun Hussein Onn (KTHO) menyatakan bahawa KTHO sememangnya sudah mengorak langkah menerusi kempen kesedaran dan penyelidikan terhadap dominasi ikan ini di sungai-sungai tempatan.
Menurut beliau lagi, “Kolaborasi dengan komuniti pemburu ikan bandaraya dari Selangor telah berjaya menangkap sekitar 300 kg ikan bandaraya. Sementara itu, UTM akan meneruskan kajian lanjut melalui penyelidik pakar. Dr. Mira Panadi, Pensyarah Jabatan Biosains, Fakulti Sains, akan mengkaji komposisi bahan kimia yang terdapat dalam ikan bandaraya.”