+607-5534043 / 34046 / 33542
Program Pementasan Mini Teater STEM anjuran Persatuan STEM Kebangsaan (National STEM Association) berakhir dengan jayanya semalam, dan disusuli dengan Program Bulan Kebangsaan, Dekad Membaca Kebangsaan Negeri Johor anjuran Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Dewan Bahasa dan Pustaka hari ini.
Fakulti Sains terlibat sebagai pempamer sepanjang tiga hari program berlangsung di Plaza Angsana Johor Bahru, memberi peluang masyarakat setempat untuk mengetahui lebih lanjut tentang program akademik dan penyelidikan di Fakulti Sains dan juga UTM. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua wakil staf dan pelajar yang terlibat di dalam pameran ini, iaitu Prof. Madya Dr. Abd Khamim Ismail, Dr. Muhamad Safwan Abd Aziz, Dr. Maryam Izan, Pn. Siti Nur Sakinah binti Ahmad, Pn. Nurshamimi Atikah binti Zareman, En. Mohd Shahril Bin Salleh, En. Asmawi Bin Mohamad, En. Muhamad Faiz Bin Hashim, Pn. Nurul Adhah binti Saini, Imran Qashfi bin Ismail, To Soon Wei, Pn. Norlita binti Paiman dan sukarelawan pelajar Anselm Then Wei Xian. Pameran diterajui oleh Dr. Khamim (Jabatan Fizik) dengan demonstrasi astronomi, CSNano, dan Laser Center UTM.
Pensyarah Jabatan Fizik Dr. Nor Ain Husein juga menjadi fasilitator kepada SMK Tan Sri Mohamed Rahmat, yang memenangi tempat ketiga Pementasan Mini Teater STEM. Tahniah diucapkan!