+607-5534043 / 34046 / 33542
 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kepada semua staf Fakulti Sains, UTM

Jemputan Menyertai Program Senamrobik dan Lestari Brisk Walk Sempena Program ISES Merdeka

Kami dengan sukacitanya ingin menjemput semua warga Fakulti Sains untuk menyertai program “Senamrobik dan Lestari Brisk Walk” yang akan diadakan sempena sambutan Hari Merdeka tahun ini. Program ini bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang pentingnya gaya hidup sihat serta mengeratkan hubungan sesama staf di Fakulti Sains.

Butiran program adalah seperti berikut:

 11 September 2025 (Khamis)
 8.00 pagi – 10.30 pagi
Dataran Fakulti Sains, UTM

 Pakaian: Pakaian Riadah (warna Jalur Gemilang ). Peserta yang memakai pakaian paling menarik akan berpeluang memenangi hadiah pakaian terbaik.

 Anda digalakkan untuk membawa bersama bendera Malaysia semasa sesi Brisk Walk.

UTM Open Day