
Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera,
YBrs. Prof/Prof.Madya/Dr./Saudara,
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Sains (FS) dengan kerjasama Majlis Profesor UTM (MPUTM) akan menganjurkan Program Wacana Intelektual Madani Siri 5/2025 seperti butiran berikut:
Tarikh: 19 Jun 2025 (Khamis)
Masa: 2.30 petang – 4.30 petang
Tempat: Dewan Senat, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, UTM Johor Bahru
📌 Mata CPD Disediakan (Staf Akademik: Generik, Staf PPP: Teras)
📌 Kod Pakaian: Baju Batik
Tema: STEM Madani – Pemacu Inovasi Terapan ke Arah Masa Depan Lestari
Wacana Intelektual Madani Fakulti Sains ini mengangkat peranan STEM — merangkumi sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik — sebagai asas dalam mencorak penyelesaian strategik bagi cabaran masa depan. Menampilkan dua tokoh ilmuwan UTM, YBhg. Prof. Emeritus Dr. Bahrom Sanugi (pakar matematik gunaan dan pengkomputeran) dan YBrs. Prof. Dr. Madzlan Aziz (pakar tenaga dan bahan maju), sesi ini akan menelusuri bagaimana inovasi berasaskan STEM, seperti pengaturcaraan tugas, pemodelan matematik dalam AI dan sistem tenaga mampan mampu menyumbang ke arah pembinaan masyarakat Malaysia MADANI yang lestari, inklusif dan berdaya cipta. Wacana ini akan dimoderasi oleh YBrs. Prof. Dr. Nor Haniza Sarmin, seorang tokoh akademik yang berpengalaman luas dan berwibawa dalam bidangnya.
Sehubungan itu, warga Fakulti Sains dengan sukacitanya menjemput semua warga UTM untuk hadir ke program ini.
Segala perhatian dan sokongan YBrs. Prof/Prof.Madya/Dr./Saudara amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.