BENGKEL PROGRESS REVIEW SPECIAL INTEREST GROUP ENVISIONING SCIENCE 2035- A UTM FORESIGHT STUDY (SIRI I)
Bengkel ini telah sempurna dijalankan hari ini 20 Ogos 2024, mengumpulkan staf-staf muda dan berpengalaman Fakulti Sains, bagi mengupas segala peluang dan cabaran yang akan ditempuh sebagai sebuah fakulti berasaskan sains fundamental di era yang serba mencabar ini.
Aspek-aspek utama seperti staf, pelajar, program akademik, penyelidikan, keterlihatan dan jaringan, serta tinjauan nasional dan global, telah diperbincangkan dengan teliti, kearah merangka pelan persediaan menuju tahun 2035, selaras dengan visi dan misi UTM.
Fakulti mengucapkan terima kasih kepada semua staf yang terlibat. Semoga segala isi kandungan perbincangan dan buah fikiran dapat membantu memacu Fakulti Sains kearah yang lebih cemerlang lagi di masa hadapan.