+607-5534043 / 34046 / 33542
SIP n CHILL WITH FS DEAN
Pada Selasa 20 Ogos 2024 telah berlangsung siri pertama program “Sip and Chill with FS Dean”. Siri kali ini mengumpulkan staf-staf akademik yang baru melapor diri di Fakulti Sains, di dalam satu sesi perbincangan dua hala bersuasana santai dan terbuka. Dekan Prof. Madya Dr. Shafinaz Shahir juga mengambil peluang ini untuk menyampaikan hasrat Fakulti dan UTM kepada staf-staf muda ini, sebagai generasi pelapis kecemerlangan Fakulti.
Diharap semua staf yang terlibat mendapat manfaat daripada sesi ini, dan dapat mengenali pengurusan tertinggi Fakulti dengan lebih dekat lagi.
Selamat maju jaya diucapkan!