+607-5534043 / 34046 / 33542

Siri Jelajah Rasmi Naib Canselor ke FS

Assalamualaikum wrt.wbt. dan selamat sejahtera,

Dengan hormatnya, saya merujuk perkara di atas.
Dimaklumkan bahawa YBhg Datuk Naib Canselor akan mengadakan siri jelajah/lawatan ke Fakulti Sains bagi melihat ekosistem pengajaran, pembelajaran, penyelidikan, inovasi, fasiliti, infrastruktur dan seumpamanya di fakulti serta mengadakan pertemuan dengan semua staf Fakulti Sains mengikut ketetapan berikut:

Tarikh: 21 April 2024 (Ahad)
Masa: 11.00 – 11.45 pagi
Tempat: Dewan Kuliah 1, Aras 1, Blok C17, Fakulti Sains

Sehubungan dengan itu, semua staf adalah dijemput hadir semasa lawatan tersebut.

Sekian, atas kerjasama yang diberikan, didahului dengan ucapan terima kasih.
Wassalam.