

Tahniah!
Fakulti Sains berbangga dengan kejayaan mempertahankan Anugerah Kualiti Akademik UTM buat kali kedua berturut-turut 

Anugerah berprestij akademik sempena Majlis Citra Karisma UTM ini menandakan pengiktirafan berterusan terhadap komitmen Fakulti Sains dalam usaha peningkatan kualiti akademik menerusi kepakaran dalam bidang asas serta aplikasi sains dan matematik.
Penghargaan ini turut memberikan inspirasi dan semangat kepada seluruh warga Fakulti dalam memastikan penyampaian produk dan perkhidmatan akademik sentiasa berkualiti tinggi.
Setinggi ucapan terima kasih diberikan kepada seluruh keluarga Fakulti Sains, termasuk semua staf dan pelajar yang sentiasa berdedikasi tinggi, berbudayakan ISES universiti 

Semoga kejayaan Fakulti ini akan terus memacu kecemerlangan UTM supaya manfaat kewujudannya dapat mensejahterakan kehidupan dengan menginovasi penyelesaian, kerana Tuhan untuk manusia.