
Tiga Mahasiswa UTM Ungguli UTM Biodiversity Photography Competition Sempena UTM Biodiversity Week 2025
JOHOR BAHRU, 20 Jun 2025 – Tiga (3) mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah mencipta pencapaian membanggakan apabila diumumkan sebagai pemenang utama UTM Biodiversity Photography Competition sempena UTM Biodiversity Week 2025 yang dianjurkan oleh Pusat Pelestarian Kampus (CCS).
Aiman Daniel Muhammad Hussain dari Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU) berjaya meraih tempat pertama, diikuti oleh Muhammad Nabil Suhaimi dari Fakulti Sains di tempat kedua, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Yolande Yeo Yuan Yuan, juga dari Fakulti Sains.
Pertandingan ini merupakan salah satu inisiatif UTM untuk meningkatkan kesedaran dan apresiasi terhadap biodiversiti tempatan melalui seni fotografi. Secara keseluruhan, program ini digerakkan dengan objektif untuk:
• Meningkatkan kesedaran awam mengenai kepelbagaian biologi dan kepentingannya;
• Menggalakkan kreativiti dan bakat fotografi warga kampus;
• Menginspirasi pemuliharaan alam sekitar secara berterusan.
Melalui pendekatan visual dan kreatif, pertandingan ini bukan sahaja menyemarakkan minat terhadap alam sekitar dalam kalangan warga kampus, malah menyumbang kepada usaha pendidikan kelestarian yang lebih inklusif dan menyeluruh di UTM.